Tempat acara UEFA Euro 2012

Patung-patung kambing Poznan berhiaskan bendera-bendera Euro 2012, dan logo Euro 2012 buatan bunga di Lviv.

Lapan buah bandaraya dipilih untuk menjadi tempat acara oleh UEFA. Selaras dengan format yang digunakan di temasya-temasya Euro 1992, Euro 1996 dan Euro 2008, setiap kumpulan bertapak di dua stadium.

Bandaraya tuan rumah Warsaw, Gdańsk, Wrocław, Poznań, Kiev, Lviv keenam-enamnya tarikan pelancong utama, tetapi tidak pula Donetsk dan Kharkiv (yang mengganti Dnipropetrovsk sebagai tuan rumah pada tahun 2009).[4]

Kewajipan menambah baik prasarana bola sepak termasuklah pembinaan stadium-stadium baru: enam daripadanya adalah stadium serba baru sementara dua lagi merupakan stadium sedia ada yang diubah suai sempena temasya.[5][6] Tiga buah daripadanya memenuhi syarat-syarat stadium kategori tertinggi UEFA.

Sistem pengangkutan di Poland dan Ukraine turut menjalani pengubahsuaian besar atas kehendak UEFA untuk menampung kedatangan besar-besaran peminat bola sepak.[7] (1.4 juta tiket telah dijual sempena temasya, dan lebih 20,000 orang dijangka menyeberangi sempadan Poland-Ukraine setiap hari sepanjang kejohanan.[8])

Penjualan tiket

Tiket-tiket perlawanan dijual secara terus oleh UEFA melalui tapak sesawangnya, ataupun diedar oleh 16 persatuan bola sepak finalis. Permohonan hendaklah dibuat pada Mac 2011 untuk 1.4 juta tiket yang disediakan untuk 31 perlawanan.[9] Lebih 12 juta permohonan diterima, iaitu peningkatan sebanyak 17% dari kejohanan 2008, dan juga satu rekod baru bagi Kejohanan Eropah UEFA.[10] Oleh sebab terlebihnya permintaan, cabutan loteri diadakan untuk memperuntukkan tiket.

Harga tiket adalah dari €30 (untuk tempat duduk di belakang gawang pada peringkat kumpulan) hingga €600 (untuk tempat duduk di dirian utama perlawanan akhir). Selain tiket perlawanan individu, para peminat boleh membeli pakej untuk menyaksikan semua perlawanan yang melibatkan sesebuah pasukan, atau semua perlawanan di sesebuah tempat acara.[11]

Tapak pasukan

Setiap pasukan diberi tempat khas atau 'tapak' untuk menginap dan berlatih sepanjang kejohanan. Daripada 38 lokasi yang berpotensi (21 di Poland, 17 di Ukraine),[12] para persatuan kebangsaan memilih lokasi masing-masing pada tahun 2011. Tapak-tapak ini merupakan destinasi pertama bagi semua pasukan ini selepas tiba di negara tuan rumah. 13 pasukan menginap di Poland, dan tiga di Ukraine.[13]

Peta tapak setiap negara
PolandUkraine
Titik jingga: Tapak pasukan (bukan semuanya disebut nama). Titik hitam: Tempat acara.Tarikh dalam tanda kurungan merupakan tarikh ketibaan pasukan

Rujukan

WikiPedia: UEFA Euro 2012 http://www.fifa.com/confederationscup/qualifiers/i... http://soccernet.espn.go.com/report?id=346764&cc=5... http://www.kyivpost.com/news/euro2012/general/deta... http://www.kyivpost.com/news/nation/detail/55131/ http://en.uefa.com/uefaeuro2012/index.html http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/Count... http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/EuroE... http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/Regul... http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/compe... http://www.uefa.com/newsfiles/euro/2012/2003319_fr...